Dim Sum
Dim Sum merupakan
sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang
dihidang bersama teh Cina. Dim Sum biasanya berkaitan dengan tradisi lebih lama
Yum Cha (meminum teh), yang mempunyai sejarahnya pada zaman para pengembara di
Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu tempat untuk berehat. Oleh itu,
gerai-gerai minum the didirikan di sepanjang tepi jalan.
Yum Cha yang bermaksud
minum the adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan
keseluruhan, khususnya bagi kaum Cina yang berketurunan Kantonis. Para petani
luar bandar yang letih selepas bekerja keras di ladang akan pergi ke gerai the sebelah
waktu rehat untuk berehat.
Dim Sum berasal dari
orang Kantonis di selatan China. Di negara Hong Kong dan kebanyakkan bandar
raya serta bandar di wilayah Guangdong, banyak kedai makanan Cina mula
menghidang dim sum seawal pagi. Ia adalah satu tradisi orang tua untuk berkumpul
untuk menikmati hidangan dim sum selepas senaman pagi, sambil membaca surat
khaar pada waktu pagi. Bagi masyarakat di China selatan, yum cha dianggap
sebagai hari keluarga di hujung minggu. Selari dengan tradisi ini, restoran dim
sum biasanya hanya menghidangkan dim sum sehingga lewat petang dan
menghidangkan masakan Kantonis jenis lain pada waktu petang.
Hidangan Dim Sum
biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah
keluarga Cina suka berkumpul untuk menikmati hidanggan Dim Sum pada perayaan
khas seperti Tahun Baru Cina atau festival Tang Lung. Selain itu, masyarakat Tiong
Hua suka membawa anak mereka bersama orang tua-tua iaitu atuk dan nenek untuk
menikmati keenakan Dim Sum pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana
perbuatan tersebut dapat memberi peluang kepada cucu cicit supaya dapat
menjalin hubungan mesra dengan datuk dan ini merupakan salah satu aktiviti
riadah yang sihat buat seisi keluarga terbabit.
Apa yang dapat dipesan?
Meskipun merupakan hidangan tradisional, dim sum
selalu berevolusi. Selalu ada hidangan terbaru dan inovatif yang harus Anda
cicipi. Berikut adalah beberapa di antaranya:
Pangsit
Udang Kukus
Udang yang dibungkus dalam adonan pangsit tipis.
Selain udang, pangsit juga dapat diisi dengan daging babi. Idealnya, pangsit
berisi 70 persen udang dan 30 persen daging babi.
Shao
Mai
Sejenis pangsit Cina, panganan dim sum umum di
Kanton ini terdiri dari daging babi giling, udang utuh atau potong, amur
shiitake, bawang daun dan jahe, semuanya dibungkus dalam kulit pangsit tipis.
Dengan bumbu anggur beras Cina, kecap, dan minyak wijen, serta disajikan dengan
telur kepiting, shao mai menjadi hidangan nan lezat untuk disantap!
Roti
isi daging panggang
Daging tenderloin babi yang dipanggang dengan saus
tiram, disajikan di dalam roti.
Cheung
fen
Udang, daging, daging babi panggang manis, dan
berbagai bahan lain dibungkus dalam gulungan adonan tepung beras. Umumnya,
panganan ini dikukus dan disajikan dengan kecap.
Bagaimana membuat Cheung fen?
1. Tuang pasta nasi ke dalam kain kukusan yang telah
ditempatkan di atas kukusan.
2. Sebelum pasta berasnya memadat, tambahkan semua
bahan dengan merata.
3. Ketika pasta berasnya dikukus dan terlihat agak
transparan, ambillah kain kukusan. Nasi gulung sudah mulai terbentuk.