Ahad, 4 September 2016

Kuih bakul


Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (gāo ) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
Penghasilan
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.

Masakan Shanghai
Jenis Shanghai biasanya dibungkus dalam batang yang tebal dan lembut agar dihiris atau dibungkus selepas dihiris, lalu sama ada dikacau goreng atau dicampur ke dalam sup. Bergantung kepada kaedah pemasakannya, gaya ini menghasilkan jenis yang lembut dan kenyal. Gaya Shanghai ini memastikan warna kuih bakul putih, iaitu ciri-ciri yang paling nyata.
Aapbila dihidangkan, kaedah yang paling biasa ialah kaedah kacau goreng, maka namanya "kuih bakul goreng" ( 炒年糕, pinyin: chǎo nián gāo). Terdapat tiga jenis yang biasa: yang pertama ialah hidangan enak yang ramuannya termasuk daun bawang, daging lembu, daging babi, kubis; yang kedua ialah jenis manis yang menggunakan gula putih biasa; dan yang terakhir ialah jenis tawar yang selalu dimakan kerana teksturnya yang kenyal.


 

9 ulasan:

  1. wow!hahaha It's so clear that I could really understand Chinese culture!

    BalasPadam
  2. It is my family tradition that my mom will give us one nian gao to bring home after CNY. There are many ways to eat nian gao.

    BalasPadam
  3. Kuih bakul sangat sedap!Semasa Tahun Baru Cina, saya mesti makan kuih bakul!

    BalasPadam
  4. 超想念這食物,好久沒吃了。
    每年新年都會有著年糕,蕃薯炸年糕和芋頭炸年糕。
    新年就是不可缺少的食物,吃了年糕老人家就會說:「年高年高,年年長高」。

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Saya terlepas makanan ini, masa yang lama tanpa makanan.

    BalasPadam
  8. Makanan ini hanya mudah didapati pada tahun baru cina T.T

    BalasPadam
  9. Emak Saya panDai buat kuIH INI sekarang

    BalasPadam