Isnin, 5 September 2016

Dim Sum
Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Dim Sum biasanya berkaitan dengan tradisi lebih lama Yum Cha (meminum teh), yang mempunyai sejarahnya pada zaman para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu tempat untuk berehat. Oleh itu, gerai-gerai minum the didirikan di sepanjang tepi jalan.
Yum Cha yang bermaksud minum the adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya bagi kaum Cina yang berketurunan Kantonis. Para petani luar bandar yang letih selepas bekerja keras di ladang akan pergi ke gerai the sebelah waktu rehat untuk berehat.
Dim Sum berasal dari orang Kantonis di selatan China. Di negara Hong Kong dan kebanyakkan bandar raya serta bandar di wilayah Guangdong, banyak kedai makanan Cina mula menghidang dim sum seawal pagi. Ia adalah satu tradisi orang tua untuk berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum selepas senaman pagi, sambil membaca surat khaar pada waktu pagi. Bagi masyarakat di China selatan, yum cha dianggap sebagai hari keluarga di hujung minggu. Selari dengan tradisi ini, restoran dim sum biasanya hanya menghidangkan dim sum sehingga lewat petang dan menghidangkan masakan Kantonis jenis lain pada waktu petang.
Hidangan Dim Sum biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk menikmati hidanggan Dim Sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina atau festival Tang Lung. Selain itu, masyarakat Tiong Hua suka membawa anak mereka bersama orang tua-tua iaitu atuk dan nenek untuk menikmati keenakan Dim Sum pada hujung minggu. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut dapat memberi peluang kepada cucu cicit supaya dapat menjalin hubungan mesra dengan datuk dan ini merupakan salah satu aktiviti riadah yang sihat buat seisi keluarga terbabit.

Apa yang dapat dipesan?
Meskipun merupakan hidangan tradisional, dim sum selalu berevolusi. Selalu ada hidangan terbaru dan inovatif yang harus Anda cicipi. Berikut adalah beberapa di antaranya:


Pangsit Udang Kukus
Udang yang dibungkus dalam adonan pangsit tipis. Selain udang, pangsit juga dapat diisi dengan daging babi. Idealnya, pangsit berisi 70 persen udang dan 30 persen daging babi.

Shao Mai
Sejenis pangsit Cina, panganan dim sum umum di Kanton ini terdiri dari daging babi giling, udang utuh atau potong, amur shiitake, bawang daun dan jahe, semuanya dibungkus dalam kulit pangsit tipis. Dengan bumbu anggur beras Cina, kecap, dan minyak wijen, serta disajikan dengan telur kepiting, shao mai menjadi hidangan nan lezat untuk disantap!


Roti isi daging panggang

Daging tenderloin babi yang dipanggang dengan saus tiram, disajikan di dalam roti.



Cheung fen
Udang, daging, daging babi panggang manis, dan berbagai bahan lain dibungkus dalam gulungan adonan tepung beras. Umumnya, panganan ini dikukus dan disajikan dengan kecap.
Bagaimana membuat Cheung fen?
1. Tuang pasta nasi ke dalam kain kukusan yang telah ditempatkan di atas kukusan.
2. Sebelum pasta berasnya memadat, tambahkan semua bahan dengan merata.
3. Ketika pasta berasnya dikukus dan terlihat agak transparan, ambillah kain kukusan. Nasi gulung sudah mulai terbentuk.
4. Potong jadi beberapa bagian. Gulung dengan baik agar terbentuk sempurna. Sajikan panas-panas.

7 ulasan:

  1. Now I know how they made cheong fun. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  2. Wow! Banyak dim sum yang sedap la!

    BalasPadam
  3. Datuk saya sangat suka makan dimsun! Kita sering makan!

    BalasPadam
  4. Terdapat banyak jenis dimsum yang dapat kami nikmati di seluruh negara termasuklah malaysia 'like'

    BalasPadam
  5. Baru-baru ini Saya baru makan dim sum di cafe 2020

    BalasPadam