Ahad, 4 September 2016

Jiaozi

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula makan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu "Jiaozi ialah makanan paling sedap". Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan berkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, makan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti "Yuanbao", sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan "duit datang". Satu sebab yang lain makannya ialah Jiaozi mempunyai isi. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis isi ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu. 

8 ulasan:

  1. Wow!Jiaozi is my favourite food😍 Thanks for help me know more about Jiaozi!

    BalasPadam
  2. This is my favourite. I can eat 20 jiaozi at one go! :p

    BalasPadam
  3. Saya sangat suka makan jiaozi jadi saya sangat memahami semua tentang jiaozi!

    BalasPadam
  4. Jiao zi can be said as the one of Chinese food which most of us can made it by ourself

    BalasPadam
  5. Jiaozi sangat sedap! Ia merupakan makanan yang saya suka makan!

    BalasPadam
  6. wah...lepas tengok saya rasa nak makan...

    BalasPadam