Bagi
etnis Tionghoa atau masyarakat keturunan rakyat China, kuih bulan tentunya
sudah bukan hal yang asing lagi. Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang
sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh atau perayaan kuih
bulan. Dalam tradisi rakyat Cina atau Tionghoa, seluruh keluarga besar akan
berkumpul guna menyantap kuih bulan untuk merayakan festival kuih bulan yang
jatuh setiap bulan penuh atau bulan purnama. Biasanya anggota keluarga yang
terpisah beberapa saat dengan keluarga, akan kembali berkumpul dengan keluarga
besarnya. Oleh sebab itu, perayaan kuih bulan ini menjadi hari raya masyarakat
Cina kedua terbesar setelah hari raya Imlek.
Menurut hikayat cina, kuih bulan berdasarkan
sebuah kisah yang berlaku di Negara China semasa pemerintahan puak Mongol (
Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah
dan pelik dikenakan ke atas rakyat cina supaya tidak ada seorang pun yang dapat
menggugat kuasa mereka. Oleh sebab itu, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang,
mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah- tengah kuih
tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini
berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini
dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kuih bulan dibuat daripada adunan
yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan
kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan
dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan kuih bulan
tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan
mulutnya terkunci oleh kuih bulan yang manis itu.
Kuih
bulan biasa adalah dalam bentuk pastri bulat, berukuran kira-kira 10 cm garis
pusat dan 3-4 cm tebal. Kuih bulan yang kaya dengan inti yang tebal biasanya
diperbuat dari kacang merah atau biji teratai
dikelilingi oleh (2-3 mm) kerak nipis dan mungkin mengandungi kuning
telur daripada telur itik masin. Kuih bulan biasanya dimakan dalam sukatan yang
kecil disertai dengan teh Cina.
Jenis-jenis Isi Kuih Bulan
1) Pes biji teratai (lian rong).
2) Pes kacang manis (dou sha, sering dilafalkan tau sa di
Indonesia)
3) Lima isirong
Jenis-jenis Kue Bulan / Mooncake Style lainnya:
1)Kuih Bulan Jenis Kantonis
Kuih bulan jenis kantonis ini yang paling mendunia, berasal
dari provinsi Guangdong, dan di tempat asalnya terdapat lebih dari 200 variasi.
2)Kuih Bulan Jenis Suzhou
Kuih bulan jenis Suzhou bermula dari ribuan tahun lalu,
campuran yang royal dari lemak binatang dan gula serta tepung. Model yang ini
banyak juga terdapat di Indonesia.
3)Kuih Bulan Jenis Beijing
Kuih bulan jenis Beijing ada 2 variasi, yang satu disebut
dengan di qiang, yang lebih mirip dengan kuih bulan jenis Suzhou. Dan satu lagi disebut
dengan fan mao, di mana rasanya cenderung lebih flaky.
4)Kuih Bulan Jenis Chaoshan (Tiociu)
Kuih bulan jenis Chaoshan (Tiociu) ini juga flaky tetapi lebih memiliki diameter yang lebih besar daripada kuih bulan jenis kantonis, tetapi lebih tipis. Aroma lemak yang digunakan akan lebih kuat untuk kuih bulan jenis Chaoshan ini.
Kuih bulan jenis Chaoshan (Tiociu) ini juga flaky tetapi lebih memiliki diameter yang lebih besar daripada kuih bulan jenis kantonis, tetapi lebih tipis. Aroma lemak yang digunakan akan lebih kuat untuk kuih bulan jenis Chaoshan ini.
5)Kuih Bulan Jenis Yunnan
Kuih bulan jenis Yunnan ini rasanya cenderung lebih manis.
Kuih bulan jenis Yunnan ini rasanya cenderung lebih manis.
Resepi Kuih Bulan~
Saya dapat belajar cara membuat kuih bulan.
BalasPadamIbu saya tahu cara membuatnya! Saya dan adik saya suka makan!
BalasPadamBare-baru ini saya telah makan kuih bulan yang diperbuat daripada resipi yang enak
BalasPadamKuih bulan kegemaran Saya
BalasPadam