Isnin, 5 September 2016

Nasi ayam Hainan


Nasiayam Hainan merupakan makanan kaum Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, di negara berjiran Thailand, serta wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan dinamakan adalah kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China.
Nasi ini adalah masakan khas Tionghoa, yang juga terkenal di beberapa wilayah di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura. Masakan olahan ayam hainan ini lebih terkenal di Singapura. Tidaklah terwujudnya perbezaan antara jenis nasi dalam hidangan ini dengan nasi pada umumnya, yang berbeza adalah pada masa pengolahannya. Pada masa pengolahannya, nasi ayam hainan diberikan sentuhan air rebusan daging ayam sehingga rasa daging ayamnya dapat meresap dengan menyeluruh. Air rebusan inilah yang kemudian membuat nasi menjadi berbeza dengan rasa nasi pada umumnya. Cara memasukkan air rebusan ayam ini ke dalam nasi adalah tradisi memasak khas masyarakat Hainan dari Tiongkok.




nasi ayam hainanDaging ayam
disediakan melalui kaedah tradisional Hainan iaitu merebus seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam atau khinzir, mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan air jika perlu, segalanya menurut citarasa orang Cina terhadap penghasilan "pati asal". Pati ini tidak digunakan untuk penyediaan nasi, yang sebaliknya melibatkan pati ayam yang dihasilkan khusunya untuk tujuan tersebut, maka hasilnya nasi yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang digelar "nasi minyak". Sesetengah tukang masak membubuh santan kelapa ke dalam nasi, meniru gaya penyediaan nasi lemak.
Orang Hainan lebih gemar ayam yang matang dan gempal untuk memaksimumkan amaun minyak yang diekstrak, maka terhasilnya sajian yang lebih kuat rasanya. Lama-kelamaan, sajian ini mula menerapkan unsur-unsur gaya pemasakan Kantonis seperti menggunakan ayam yang lebih muda untuk daging yang lebih lembut. Dalam satu variasi yang lain, ayam dicelup dalam ais setelah dimasak untuk menghasilkan kulit selicin jeli, iaitu  "ayam putih", berbanding dengan "ayam pati" yang lebih tradisional, juga dikenali sebagai "ayam panggang". Di Singapura, di mana arus pemodenan menyukarkan pengekalan dan penyimpanan pati asal jangka masa panjang, daging dimasak melalui perebusan dalam air berperisa bawang putih dan halia, kemudian pati yang dihasilkan diguna dalam penyediaan nasi dan juga dalam sup yang mengiringinya.
Sajian ini sering dihidangkan beserta sebilangan cecahan, termasuk sos cili dan serbuk halia. Di Hainan juga sering dihidangkan sos ketiga yang beramuankan sos tiram bercampur dengan bawang putih, manakala kicap pekat lebih diutamakan di Malaysia/Singapura. Versi Malaysian/Singapura bagi cili pula lebih pedas, mencerminkan pengaruh Asia Tenggara, dan boleh juga melibatkan campuran cili dengan bawang putih. Kebanyakan hidangan nasi ayam ini disajikan dengan hirisan timun, iaitu bayangan bagi citarasa orang Cina yang gemar kepelbagaian untuk sajian yang lebih lengkap.




Nasi ini adalah masakan khas Tionghoa, yang juga terkenal di beberapa wilayah di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Singapura. Masakan olahan ayam hainan ini lebih banyak terkenal di Singapura. Tidak ada yang berbeza dari jenis nasi dalam hidangan ini dengan nasi pada umumnya, yang berbeza adalah pada masa pengolahannya. Pada masa pengolahannya, nasi ayam hainan diberikan sentuhan air rebusan daging ayam, sehingga rasa daging ayamnya dapat meresap dengan menyeluruh. Air rebusan inilah yang kemudian membuat nasi menjadi berbeza dengan rasa nasi pada umumnya. Cara memasukkan air rebusan ayam ini ke dalam nasi adalah tradisi memasak khas masyarakat Hainan dari Tiongkok.

Cara masak nasi ayam hainan:

Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam.
Masukkan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan beras dan goreng selama 2 minit.
Masukkan minyak sesame dan garam.
Masukkan air rebusan ayam dan beras dalam periuk elektrik.
Cara masak ayam hainan:

Lumur ayam dengan garam bahagian luar dan dalamnya.
Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.
Letakkan ayam dalam periuk besar. Rendam dengan air setinggi 1 inci.
Masak hingga air menggelegak.
Lepas tu, perlahankan api selama 30 minit. Cucuk paha ayam dengan chopstik untuk melihat ayam sudah masak.
Tutup api dan keluarkan ayam.
Rendam ayam dengan air ais agar menjadikan ayam rangup dan lembut.
Buang halia dan daun bawang.
Lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam.
Potong beberapa bahagian ayam dan tuang sos ke atasnya sebelum dihidangkan.

Untuk membuat sos cili, kisar semua bahan sos sehingga halus

6 ulasan: